Perlembagaan PEKIDA MALAYSIA Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 10hb. Mei 1983, Nombor Pendaftaran 146/83 di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan-peraturan 1984 yang beralamat di No. 5A Bangunan MPSP, Jalan Pasar, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman iaitu Ibu Pejabat yang sekarang. Bagi memudahkan segala bentuk urusan dan menambah keberkesanan keseluruhan pentadbiran, maka pada awal tahun ini, Ibu Pejabat PEKIDA MALAYSIA telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di alamat : 69E, 4A Bangunan KOBENA, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Pada tahun 1997, Pertubuhan telah meluluskan keahlian baru seramai 1,995 orang dan tahun 1998 seramai 958 orang sahaja. Jumlah ahli yang berdaftar setakat 31hb. Dis 1997 ialah seramai 14,295 orang dan pada 31hb. Dis 1998 ialah seramai 15,253 orang. Sehingga Hari ini PEKIDA telah mendaftarkan kira-kira 50,000 orang ahli.

PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN PEKIDA MALAYSIA PERLEMBAGAAN BARU PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (PEKIDA MALAYSIA)

PERTUBUHAN

NAMA: Pertubuhan ini bernama PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA atau PEKIDA MALAYSIA.

IBU PEJABAT

Alamat tempat urusan Pertubuhan ini ialah No. 5 A, Jalan Pasar, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Alamat tempat urusan tidak boleh tanpa mendapat kebenaran dari Pendaftaran Pertubuhan terlebih dahulu.

LOGO

Logo PEKIDA MALAYSIA a) berbentukan Buku/Kitab menggambarkan ilmu, iman dan taqwa. b) Obor menggambarkan memberi penerangan dan menyampaikan ilmu pengetahuan serta kemahiran hidup. c) Tangan berjabat salam melambangkan persahabatan, persaudaraan dan silaturrahim diantara satu dengan lain. d) Warna hijau melambangkan agama Islame) Warna kuning melambangkan kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-Raja Melayu. f) Warna merah melambangkan keberanian,keperwiraan dan kecekalan dalam merealisasikan matlamat perjuangan.

BENDERA

Bendera PEKIDA MALAYSIA ialah: a) Warna Hijau diatas b) Warna Kuning ditengah c) Warna Merah dibawah d) Logo PEKIDA MALAYSIA ditengah tengah warna kuning.

PENAUNG PENASIHAT

PENAUNG/ PENASIHAT Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA akan melantik seorang penaung diperingkat pusat dan seorang penasihat kehormat di peringkat pusat dan negeri.Manakala pengerusi ayahanda akan menjadi penasihat pusat dan negeri yang akan dibentuk sebagai sebuah Badan Penasihat PEKIDA MALAYSIA yang akan menjalankan tugas sebagai penasihat di semua peringkat.

Email Kami:

pekida@rocketmail.com.