Latar Belakang PEKIDA MALAYSIA Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 10hb. Mei 1983, Nombor Pendaftaran 146/83 di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan-peraturan 1984 yang beralamat di No. 5A Bangunan MPSP, Jalan Pasar, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman iaitu Ibu Pejabat yang sekarang. Bagi memudahkan segala bentuk urusan dan menambah keberkesanan keseluruhan pentadbiran, maka pada awal tahun ini, Ibu Pejabat PEKIDA MALAYSIA telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di alamat : 69E, 4A Bangunan KOBENA, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Pada tahun 1997, Pertubuhan telah meluluskan keahlian baru seramai 1,995 orang dan tahun 1998 seramai 958 orang sahaja. Jumlah ahli yang berdaftar setakat 31hb. Dis 1997 ialah seramai 14,295 orang dan pada 31hb. Dis 1998 ialah seramai 15,253 orang. Sehingga Hari ini PEKIDA telah mendaftarkan kira-kira 50,000 orang ahli.

Hala Tuju

Aktiviti PEKIDA semenjak ditubuhkan hanya berkisar kepada aktiviti kekeluargaan seperti kenduri kendara, kematian dan sebagainya. Tiada program khusus diatur untuk membangunkan pendidikan maupun ekonomi secara legal dan teratur. Oleh itu tidak ramai ahli-ahli yang mendaftar secara rasmi walaupun mengaku bersama-sama dalam perjuangan itu. Dengan era baru kepimpinan PEKIDA MALAYSIA, pelan pembangunan 5 tahun telah dirangka untuk menyahut seruan kerajaan agar NGO memain peranan membangun masyarakat melalui dasar-dasar negara yang telah dirangka. Untuk itu Koperasi PEKIDA BERHAD (KOPEM) dan Yayasan PEKIDA telah ditubuhkan. Bagi tujuan penyebaran maklumat dengan kaedah terkini, Laman Web PEKIDA didaftar dan dilancarkan di samping Buletin Bulanan PELITA PEKIDA yang sedang dirangka. Segala program tersebut tidak akan dapat bergerak sekiranya tiada kefahaman mendalam di kalangan ahli. Untuk itu satu modul dan program yang tersusun sedang dirangka untuk mendidik ahli pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat sesuai dengan kemampuan masing-masing. PEKIDA MALAYSIA bertekad untuk menjadi penyumbang terunggul kepada pencapaian dasar serta wawasan kerajaan ke arah Malaysia Cemerlang, Gemilang dan Terbilang melalui pengeluaran Sumber Daya Manusia yang bersemangat waja, berakhlak, beramanah dan beriman untuk disalurkan ke dalam bidang pembangunan ekonomi yang boleh dijadikan contoh di peringkat dunia. .

Misi Dan Visi

1. Kami berikrar dengan bersungguh-sungguh untuk mendukung hala tuju baru PEKIDA Malaysia. 2. Kami berjanji mematuhi peruntukkan perlembagaan sebagai dan menjadi ahli yang berdaftar dan terus berusaha mencapai objektif pertubuhan supaya menjadi sebuah organisasi Melayu yang terulung. 3. Kami akan bergiat secara aktif dalam bidang ekonomi yang menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara. Menyokong aktiviti meningkatkan pemilikan harta melalui Yayasan PEKIDA Malaysia. Meningkatkan pendapatan dan keuntungan dari perniagaan dalam Koperasi PEKIDA Bhd. 4. Kami terus mempergiatkan kerja-kerja kebajikan dikalangan ahli-ahli PEKIDA Malaysia. 5. Kami berusaha menimba ilmu yang memberi manfaat sesuai dengan keperluan negara bagi menjadi masyarakat yang berilmu dan bermaklumat, kreatif, inovatif dan mempunyai pemikran kelas satu. 6. Kami komited untuk menyediakan tabung bagi membiayai aktiviti pelaburan, perniagaan, ikuiti dan pendidikan. 7. Kami berusaha bersunggu-sungguh untuk menyuburkan semangat perpaduan dikalangan ahli dan juga perpaduan nasional bagi menjamin kehidupan yang makmur, bahagia dan sejahtera.

Email Kami:

pekida@rocketmail.com